Tanjong Malim in the Early Day
Tanjong Malim adalah merupakan sebuah
pekan yang terletak di selatan negeri Perak Darul Ridzuan. Pekan ini
bersempadan dengan negeri Selangor Darul Ehsan dan bersempadan topografi dengan
negeri Pahang Darul Makmur. Dengan berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa dan
kedudukan pekannya di pinggir Sungai Bernam menjadikan pekan Tanjong Malim
sebuah pekan pintu masuk ke negeri Perak yang menarik untuk dilawati.
Tanjong Malim is a town located at the south of Perak Darul Ridzuan. The town borders with bordering Selangor Darul Ehsan and topographically bordering Pahang Darul Makmur as well. Having the Titiwangsa Range as its background and the Bernam River to its side, Tanjong Malim is an intersting gateway town into Perak to visit.
Sejak dari dulu lagi pekan ini lebih
dikenali sebagai Bandar Pendidikan. Bidang pendidikan adalah sinonim dengan
pekan ini kerana terdapatnya pusat pengajian tinggi di sini iaitu Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang pada awalnya ditubuhkan dengan nama Sultan
Idris Training College (SITC) pada tahun 1922 yang berjaya melahirkan ramai
cendekiawan dan golongan profesional. Dari segi bentuk muka buminya, Tanjong
Malim adalah merupakan sebuah kawasan tanah bercerun landai dan dikelilingi
oleh bukit bukau (Banjaran Titiwangsa). Kedudukan bandarnya terletak 84 km ke
utara Kuala Lumpur dan 145 km ke selatan ibunegeri Perak iaitu Ipoh.
Tanjong Malim has always been known as the Education Town, education is synonyms to this town fer the existing higher education centre, known as Universiti Pendidikan Sultan Idris (Sultan Idris Education University). The university was set up in 1922 as the Sultan Idris Teaching College and had since generated many intellectuals and professionals. Tanjong Malim is a gently sloped valley, surrounded by hills (Titiwangsa Range) located 84 km north of Kuala Lumpur and 145 km south of Ipoh, the capital city of Perak.
Tanjong Malim Town
Selain dikenali sebagai Bandar
Pendidikan, Tanjong Malim juga berpotensi untuk menjadi sebuah bandar yang
pesat membangun di kawasan selatan Perak. Berasaskan kepada kegiatan ekonomi
yang sedia ada dan perancangan industri yang akan dirancangkan seperti industri
automobil, perladangan dan perkilangan, Tanjong Malim dijangka bakal menjadi
sebuah bandar yang pesat membangun di selatan Perak.Pendapat ini yang mula
diperkatakan sejak dahulu lagi telah diperkukuhkan dengan pembinaan kilang
kereta nasional, Proton di Bandar Proton dan pembangunan kawasan-kawasan
perumahan baru, kawasan rekreasi dan lain-lain.
Apart from being known as an Education Town, Tanjong Malim has the potential of becoming a developed town at the southern of Perak. Based upon the existing economic activities and industrial planning such as the automobile, agricultural and manufacturing, Tanjong Malim is predicted to become a rapidly developed city at the southern Perak. this was in the pipline but was strengthened by the construction of the national car factory, Proton in Bandar Proton (Proton Town), together with the development of new housing projects, recreational facilities and others.
Bandar Tanjong Malim ini bermula daripada sebuah tanjung (kawasan air /
tanah yang wujud daripada hakisan sungai) yang sangat luas. Kawasan ini
diterokai oleh seorang ulama' yang bernama Tuan Haji Mustafa bin Raja Kemala.
Sempena dengan kedudukan tanjung yang sangat luas ini, Tuan List (wakil
kerajaan Negeri Selat) dan Raja Itam telah menamakan bandar ini dengan nama
Tanjong, manakala perkataan Malim (mu'alim) adalah berkaitan dengan penduduk di
kawasan Tanjong itu yang sangat rajin beribadat pada ketika itu.
Tanjong Malim Town start from a large cape (a high land formed by the river erosion and sticking out into the sea), the early settler was an ulamak (a religious man), Tuan Haji Mustafa bin Raja Kemala. Sir List (the representative of the Straits government) and Raja Itam named the town Tanjong in conjunction with the location of its large cape, whereas, for word Malim (mu'alim), it was used with regards to the religious commitment of the people in Tanjong area at that time.
Selain pekan Tanjong Malim terdapat beberapa pekan dan pekan-pekan kecil
yang berhampiran dengan Bandar Tanjong Malim dan termasuk di dalam kawasan
pentadbiran Majlis Daerah Tanjong Malim. Semua pekan dan pekan kecil ini
terletak dalam lingkungan 30 km dari Tanjong Malim. Di antara pekan ini, Slim
River pula sebagai pusat bandar pentadbiran di daerah ini oleh kerana Pejabat
Daerah dan Tanah terletak di pekan ini. Di samping itu hospital juga
ditempatkan di bandar ini. Hospital ini dilengkapi dengan rawatan doktor pakar.
The municipality of the Tanjong Malim District Council consists of other small towns besides Tanjong Malim, they are within the 30km radius from Tanjong Malim. Slim River, one of its towns, is the administrative centre for the District as it where the District and Land Office is located. There is also a hospital with the services of specialists.
Pada peringkat awalnya, Pejabat Daerah dan Tanah ini berpusat di Tanjong
Malim. Tetapi sejak peristiwa pembunuhan Tuan Codner (Pegawai Daerah) oleh
komunis di Simpang Empat, Tanjong Malim, pejabat ini telah dipindahkan ke Slim
River. Asal nama Slim River bermula daripada sungainya (Sungai Slim) yang
sempit. Berdasarkan keadaan sungai yang sempit ini orang Inggeris telah
menamakan bandar ini Slim River yang bermaksud sungai sempit di dalam Bahasa
Malaysia.
Initially, the District and Land Office was in Tanjong Malim, but after the incident of the murder of Sir Codner (the District Officer) by the communist at Simpang Empat, Tanjong Malim, the office was moved to Slim River. The British named the town Slim River, because of its narrow river, and hence the Slim River. - Ehsan Web MDTM
0 comments:
Post a Comment