Saturday, November 22, 2014

INFO TANJONG MALIM


Tanjong Malim in the Early Day
Tanjong Malim adalah merupakan sebuah pekan yang terletak di selatan negeri Perak Darul Ridzuan. Pekan ini bersempadan dengan negeri Selangor Darul Ehsan dan bersempadan topografi dengan negeri Pahang Darul Makmur. Dengan berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa dan kedudukan pekannya di pinggir Sungai Bernam menjadikan pekan Tanjong Malim sebuah pekan pintu masuk ke negeri Perak yang menarik untuk dilawati.

Tanjong Malim is a town located at the south of Perak Darul Ridzuan. The town borders with bordering Selangor Darul Ehsan and topographically bordering Pahang Darul Makmur as well. Having the Titiwangsa Range as its background and the Bernam River to its side, Tanjong Malim is an intersting gateway town into Perak to visit.
Sejak dari dulu lagi pekan ini lebih dikenali sebagai Bandar Pendidikan. Bidang pendidikan adalah sinonim dengan pekan ini kerana terdapatnya pusat pengajian tinggi di sini iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang pada awalnya ditubuhkan dengan nama Sultan Idris Training College (SITC) pada tahun 1922 yang berjaya melahirkan ramai cendekiawan dan golongan profesional. Dari segi bentuk muka buminya, Tanjong Malim adalah merupakan sebuah kawasan tanah bercerun landai dan dikelilingi oleh bukit bukau (Banjaran Titiwangsa). Kedudukan bandarnya terletak 84 km ke utara Kuala Lumpur dan 145 km ke selatan ibunegeri Perak iaitu Ipoh.

Tanjong Malim has always been known as the Education Town, education is synonyms to this town fer the existing higher education centre, known as Universiti Pendidikan Sultan Idris (Sultan Idris Education University). The university was set up in 1922 as the Sultan Idris Teaching College and had since generated many intellectuals and professionals. Tanjong Malim is a gently sloped valley, surrounded by hills (Titiwangsa Range) located 84 km north of Kuala Lumpur and 145 km south of Ipoh, the capital city of Perak.
Tanjong Malim Town
Selain dikenali sebagai Bandar Pendidikan, Tanjong Malim juga berpotensi untuk menjadi sebuah bandar yang pesat membangun di kawasan selatan Perak. Berasaskan kepada kegiatan ekonomi yang sedia ada dan perancangan industri yang akan dirancangkan seperti industri automobil, perladangan dan perkilangan, Tanjong Malim dijangka bakal menjadi sebuah bandar yang pesat membangun di selatan Perak.Pendapat ini yang mula diperkatakan sejak dahulu lagi telah diperkukuhkan dengan pembinaan kilang kereta nasional, Proton di Bandar Proton dan pembangunan kawasan-kawasan perumahan baru, kawasan rekreasi dan lain-lain.

Apart from being known as an Education Town, Tanjong Malim has the potential of becoming a developed town at the southern of Perak. Based upon the existing economic activities and industrial planning such as the automobile, agricultural and manufacturing, Tanjong Malim is predicted to become a rapidly developed city at the southern Perak. this was in the pipline but was strengthened by the construction of the national car factory, Proton in Bandar Proton (Proton Town), together with the development of new housing projects, recreational facilities and others.
Bandar Tanjong Malim ini bermula daripada sebuah tanjung (kawasan air / tanah yang wujud daripada hakisan sungai) yang sangat luas. Kawasan ini diterokai oleh seorang ulama' yang bernama Tuan Haji Mustafa bin Raja Kemala. Sempena dengan kedudukan tanjung yang sangat luas ini, Tuan List (wakil kerajaan Negeri Selat) dan Raja Itam telah menamakan bandar ini dengan nama Tanjong, manakala perkataan Malim (mu'alim) adalah berkaitan dengan penduduk di kawasan Tanjong itu yang sangat rajin beribadat pada ketika itu.

Tanjong Malim Town start from a large cape (a high land formed by the river erosion and sticking out into the sea), the early settler was an ulamak (a religious man), Tuan Haji Mustafa bin Raja Kemala. Sir List (the representative of the Straits government) and Raja Itam named the town Tanjong in conjunction with the location of its large cape, whereas, for word Malim (mu'alim), it was used with regards to the religious commitment of the people in Tanjong area at that time.
Selain pekan Tanjong Malim terdapat beberapa pekan dan pekan-pekan kecil yang berhampiran dengan Bandar Tanjong Malim dan termasuk di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tanjong Malim. Semua pekan dan pekan kecil ini terletak dalam lingkungan 30 km dari Tanjong Malim. Di antara pekan ini, Slim River pula sebagai pusat bandar pentadbiran di daerah ini oleh kerana Pejabat Daerah dan Tanah terletak di pekan ini. Di samping itu hospital juga ditempatkan di bandar ini. Hospital ini dilengkapi dengan rawatan doktor pakar.

The municipality of the Tanjong Malim District Council consists of other small towns besides Tanjong Malim, they are within the 30km radius from Tanjong Malim. Slim River, one of its towns, is the administrative centre for the District as it where the District and Land Office is located. There is also a hospital with the services of specialists.
Pada peringkat awalnya, Pejabat Daerah dan Tanah ini berpusat di Tanjong Malim. Tetapi sejak peristiwa pembunuhan Tuan Codner (Pegawai Daerah) oleh komunis di Simpang Empat, Tanjong Malim, pejabat ini telah dipindahkan ke Slim River. Asal nama Slim River bermula daripada sungainya (Sungai Slim) yang sempit. Berdasarkan keadaan sungai yang sempit ini orang Inggeris telah menamakan bandar ini Slim River yang bermaksud sungai sempit di dalam Bahasa Malaysia.

Initially, the District and Land Office was in Tanjong Malim, but after the incident of the murder of Sir Codner (the District Officer) by the communist at Simpang Empat, Tanjong Malim, the office was moved to Slim River. The British named the town Slim River, because of its narrow river, and hence the Slim River. - Ehsan Web MDTM

INFO HOTEL/HOTEL INFO



HOTEL-HOTEL DI TANJONG MALIM
HOTELS IN TANJONG MALIM

Secara asasnya, pertumbuhan hotel di Tanjong Malim sangat memberansangkan memandangkan kepadatan penduduk dan peningkatan pelajar UPSI yang kian bertambah dari hari ke hari. Skala pertumbuhan hotel di Tanjong Malim agak dinamik memandangkan wujud pendirian pada usahawan di Tanjong Malim yang mewujudkan hotel-hotel dalam taraf 1 hingga 3 bintang.


Basically, Tanjong Malim hotel in stimulating movement that  given the overcrowding and  UPSI students increasing from day to day. Scale growth in Tanjong Malim hotel is quite dynamic by establishment of entrepreneurs in Tanjong Malim who create these hotels in levels 1 to 3 stars.

Namun, itu adalah satu perkembangan yang baik ekoran daripada wujudnya Kampus Baru Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Proton City. Kebanjiran manusia ke bumi Tanjong Malim berikutan adanya pelajar program jarak jauh, Sarjana dan PHD serta tidak lupa pabila tatkala berlangsungnya Konvokesyen UPSI dan Pendaftaran Pelajar Baharu di UPSI.

However, it is a good development as a result of the existence of the New Campus of Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) in Proton City. The influx of people to the earth due to their students Tanjong Malim distance programs, Masters and PHD and do not forget hen when taking Graduation UPSI and Registration of New Students at UPSI.

Walaubagaimanapun, aktiviti-aktiviti sekitar Tanjong Malim juga menyumbang sedikit sebanyak manusia menerjah masuk ke Tanjong Malim dan semestinya mencari penginapan yang wajar untuk memastikan keselesaan dan kemudahan akses ke tempat aktiviti dapat dipenuhi dengan jayanya.


However, activities around Tanjong Malim also contribute to some extent human bombard the Tanjong Malim and should find a reasonable accommodation to ensure the comfort and ease of access to the activity can be met successfully.

Ayuh, semua pengguna luar Tanjong Malim sana, jika inginkan maklumat hotel atau homestay atau rumah sewa, sila lawati blog ini dan kongsikan URL blog ini kepada rakan-rakan lain yang memerlukan.

Come on, all users outside Tanjong Malim there, if you want information or homestay hotel or house to rent, please visit this blog and share the URL of this blog to my colleagues in need.

Berikut adalah Senarai Hotel di Tanjong Malim:

Here is a list of hotels in Tanjong Malim:




Friday, November 21, 2014

SENARAI HOMESTAY DI SEKITAR TANJUNG MALIM

SENARAI HOMESTAY DI SEKITAR TANJUNG MALIM

Berikut adalah senarai Homestay sekitar Tanjung Malim yang mempunyai kemudahan bersesuaian dan selesa, baget yang berpatutan. Sesuai untuk aktiviti di UPSI :  Temu duga, Ujian Medsi, Pendaftaran pelajar, Konvokesyen, Pelajar Pasca Siswazah (hujung minggu), Temu duga kemasukan dll.

SEKITAR TANJUNG MALIM


  • Rajawali  Homestay (Semi D House), Taman Rajawali, Kalumpang, 3 bilik, 2 bilik air. Lengkap dengan perabut, aircond. NJOI.Lokasi berhampiran UPSI, Pusat Rekreasi Perkelahan Kalumpang Resort. FB : Rajawali  Homestay, HP; 019-2540246 (Anuar) Email : anuarjamasan@gmail.com.



  • HM Homestay - Mohd Hairy Ibrahim  019-6556250
FB: HM Homestay
WS: 019-6556250.

  • Hjh Zabidah Homestay , Jln Berop, Tg Malim, Bersebelahan Restoran Andri Nasi Padang 05-4598308 @ hp:017-404 4561

PROTON CITY



  • BAHA Homestay: rumah teres 2 tkt 12A Jln Kempas 2A Proton City sebelah pos pengawal Apartment Damiana kapasiti 14 org berkatil 5 bilik 4 bilik air 2 aircond. Tempahan 019-6888-737(call. SMS Dan whatsapp) 019-6888650(call Dan SMS shj)


  • BAHA Homestay. Rumah teres 1 tkt 35 Jln Kempas 1D Proton City 3 bilik 2 bilik air 2 aircon kapasiti 7 org berkatil Dan Apartment Damiana A1-01-02 kapasiti 6 org berkatil 3 bilik 2 bilik air 1 aircon. Tempahan 019-6888-737(call. SMS Dan whatsapp) 019-6888650(call Dan SMS shj). Hg boleh rounding bergantung atas kapasiti.

  • SYESHA Homestay Damiana Appartment Proton City, A 04-03-01. Email: syedismile@yahoo.com. Hp 019-5530064


  • 22 Homestay - Saiful Lizan Mohd Lajis
012-6987797 / 0126750417
FB : 22Homestay
Whastapp:      012-6987797


  • CT Homestay . No.13 Jln Tamarinda 3,  Proton City, 35900 Tanjong Malim Perak. ct-homestay.blogspot.com . AM 012 262 4945


  • Asyura Homestay. A2-03-08 Apartment Damiana, Proton City. Tel: 013-5133765 whatsap 013-6278799 emel: asyura_azmi@yahoo.com




  • Dilla Homestay
No. 19, Jalan Kempas 1D, Proton City,  35900 Tanjong Malim
HP : 0175130334/ 01122452575

  • D'sofea homestay. A2-00-06 apartment damiana, proton city. Tg malim.     Tel 0125754045 wssp 01139593437


  • SYESHA Homestay Daminia appartment proton city. A04-03-01 . Email syedismile@yahoo.com. H/P 019-5530064


  • Protoncity Homestay, Damiana Apartment, A2-02-04 : Hp : 019-2540246

Sebarang tempahan homestay boleh menghubungi :

En. Anuar (-019-2540246-
Admin Homestay Group) FB : anuar alnueks